Monday, 16 December 2013

Esei Kumpulan (MASALAH AKADEMIK YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SUKAN)

1.0         Pengenalan

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan. 
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi asas kepada pengukuran kejayaan seseorang individu. Sebahagian besar masyarakat hari ini lebih mementingkan prestasi akademik yang cemerlang agar memperolehi status yang lebih berprestij. 

Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, Namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan  secara aktif dalam sukan akan memberi kesan yang negatif terhadap prestasi akademik mereka. Ada yang merumuskan penglibatan  penglibatan pelajar dalam sukan akan menyebabkan masa tidak cukup untuk mengulangkaji pelajaran.

Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujukan kepada masa  yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi.  Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik. 

Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.

Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik. Kajian ini juga, bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian pelajar sukan dan rekreasi yang aktif dalam bidang sukan dan  pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik.

2.0      Pernyataan Masalah/Persoalan

Sebahagian ibubapa, terutamanya masyarakat luar bandar masih percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan
kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak.

Bagi sesetengah individu pula, mereka masih lagi  menganggap kegiatan sukan mengganggu masa belajar serta prestasi seseorang pelajar dalam akademik, bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang dibuat dengan beberapa persoalan telah dibuat untuk dalam kajian ini bagi menjawab persoalan yang bermain difikiran sesetengah masyarakat hari ini.

Sehubungan dengan itu, pernyataan masalah kajian ini adalah membandingkan pencapaian akademik mahasiswa di Universiti Kebangssan Malaysia. 

Berikut merupakan persoalan kajian :
2.1     Adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademi  pembelajaran.
2.2       Adakah kegiatan sukan menyebabkan PNGK pelajar  yang rendah dalam setiap kali peperiksaan.
2.3  Adakah kegiatan sukan menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk untuk mengulangkaji pelajaran.

 3.0     Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik.
3.1  Bagi mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademik.
3.2  Untuk mengenalpasti kesahihan pendapat yang mengatakan  penglibatan dalam sukan secara aktif menyebabkan  kemerosotan PNGK dalam  keputusan peperiksaan.
3.3  Untuk mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu waktu untuk  mengulangkaji pelajaran.

4.0  Metodologi Kajian

Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Ia akan memudahkan penyelidik mendapat maklumat-maklumat daripada responden dan mentadbir kajian dengan mudah dan tepat.

     Dalam kajian ini satu set soalan soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian.

     Bahagian pertama merupakan bahagian biodata responden, bahagian kedua ialah penilaian tahap penglibatan pelajar dalam sukan. Bahagian ketiga pula ialah penilaian terhadap masalah yang dihadapi oleh sukan dan rekreasi dalam bidang akademik dan bahagian yang terakhir mengenai cadangan yang diberikan oleh pelajar sukan dan rekreasi.

 5.0  Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu bersukan dan belajar.

Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaiansekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.

Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.

Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

 6.0 Lokasi/Skop Kajian

Responden bagi kajian ini terdiri daripada kalangan para mahasiswa danmahasiswi di Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Responden yang dipilih bagi kajian ini adalah dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu seramai 30 orang iaitu 24 orang mahasiswa dan enam orang  mahasiswi.

7.0   Analisis Data dan Perbincangan

7.1   Bahagian A (Latar Belakang Responden).

Jadual  7.1.1: Taburan kekerapan jantina  responden kajian. 


Jadual 7.1.2: Taburan kekerapan kaum responden kajian.


Jadual 7.1.3: Jenis sukan yang diceburi oleh responden.



Jadual 7.1.4: Pencapaian tertinggi bidang akademik responden.
             


 7.2  Bahagian B ( Penilaian Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Sukan)

Jadual 7.2.1: Adakah anda terlibat dengan sukan sebelum menyambung pengajian di UKM.



               Jadual 7.2.2:    Anda sangat berpengalaman dan mahir dalam sukan yang anda ceburi.



                Jadual 7.2.3:  Anda menyertai dalam lebih daripada satu sukan.




7.3  Bahagian C (Penilaian Terhadap Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Bidang Akademik)

Jadual 7.3.1:  Aktiviti sukan mengganggu masa pembelajaran anda.


              Jadual 7.3.2: Adakah anda mendapat PNGK yang rendah kerana aktif bersukan.



Jadul 7.3.3: Anda sukar mengulangkaji pelajaran kerana menyertai kejohanan luar.


Jadual 7.3.4: Kegagalan menjuarai sesuatu kejohanan menyebabkan anda murung dan gagal                     dalam bidang akademik.



Jadual 7.3.5: ktiviti sukan menyebabkan anda ketinggalan dalam pelajaran.




7.4  Bahagian D (Cadangan)

 Jadual 7.4.1: Kelas tambahan yang diadakan oleh pensyarah amat bermanfaat untuk pelajar                     yang tertinggal dalam pembelajarn kerana bergiat aktif dalam sukan.



Jadual 7.4.2: Peralatan atau perkakasan sukan yang digunakan dalam bilik kuliah untuk sesi                        pembelajarn perlukan penambahbaikan yang terkini.



Jadual 7.4.3: Setiap tugasan dan nota perlulah dimuat naikkan di pautan iFolio bagi memudahkan               pelajar yang terlibat dengan sukan membuat rujukan, mengulangkaji pelajaran  dan                menyiapkan tugasan yang telah diberikan.




8.0 Cadangan/Kesimpulan

Daripada penganalisaan data, boleh dikatakan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa pembahagian masa yang bijak antara akademik dan sukan banyak membantu mencapai kejayaan dalam pelajaran selain dapat menyelaraskan masa berkualiti mereka dengan bijak. Para atlet yang juga pelajar Sukan dan Rekreasi dapat memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berjalan kerana tahu mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang/padang. Para atlet juga berpendapat bahawa bersukan boleh membantu menyihatkan otak, menyihatkan tubuh badan dan membantu mengekalkan kecergasan fizikal dan mental mereka. Oleh itu walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang mengingati pelajaran kerana gaya hidup pelajar yang aktif.

Pendapat pelajar bahawa dengan aktiviti sukan pada masa kini boleh menjamin masa depan seperti peluang untuk mendapatkan pekerjaan, biasiswa, kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini kerana pelbagai jaminan dan inisiatif yang telah direncana oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara di peringkat profesional.

Pelajar juga menyatakan bahawa mereka mampu dan mempunyai masa antara 1 – 5 jam untuk mengulangkaji pelajaran jika ketinggalan dalam pelajaran ketika sesi kuliah. Ini selaras dengan dapatan kajian Eleanor (1984) dan Lim (1991) di mana mereka mendapati pelajar memperuntukan masa antara 2 – 5 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran.

Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi akdemik seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, kita perlu rasional apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh daripada pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri.

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak mempengaruhi pencapaian akademik bahkan dari segi kecemerlangan, mereka lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan.

Selain faktor bersukan, terdapat faktor-faktor lain yang membantu mereka berjaya dalam pelajaran seperti pengaruh keluarga, pengaruh persekitaran, galakan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak. Ungkapan-ungkapan seperti badan sihat otak cergas, bersukan menyihatkan badan dan seumpamnya jelas boleh diterima dan mempunyai perkaitan yang langsung dari segi kecerdasan minda dan kesihatan badan.



9.0 Rujukan

Beau, F. A. (1982). The mental ability of athletes in comparison with non-athletes in high school.                   American School Board Journal, 73 (2), 45 – 155. 

Coleman, J. S. (1983). The Adolescent Society. New York: Free Press of Glencoa. 

Eleanor Ann Tan Lye Neo. (1984). Kajian pencapaian akademik di kalangan para atlit dan bukan atlit           di peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Projek Khas Sarjana  Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:           Universiti Putra Malaysia. 

Kantha Kumar Ramasamy. (1985). Kaedah permainan dalam proses pengajaran   pembelajaran           
          pendidikan jasmani. Jurnal Institut Pendidikan Darul Aman, 19,   8 – 13.

Lim Chew Sin. (1991). Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit  dan bukan atlit. 
           Projek Khas Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:  Universiti Putra Malaysia.

Mohd Razali Abdullah. (1983). Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah 
          Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Journal Akademik. Maktab Perguruan Kuala                   Terengganu, Jilid IX, 39 – 47. 

Mohd Yusoff Man. (1983). Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja ko-kurikulum di             sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas   Sarjana Muda yang Tidak               
         Diterbitkan.  Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Webb, H. (1969). Professionalization of attitudes towards play among adoslecent.  Aspect of    
        Contemporary Sport Sociology. Chicago : The Athletic Institute.

Bahan Bantu Mengajar

Ini adalah Bahan Bantu Mengajar (BBM) saya. Bola Kriket.
Bola Kriket sebenar.












Sunday, 1 December 2013

Kulit Buku

Assalamualaikum, ini adalah hasil kerja kulit buku saya. 



10 Video Lucu Dalam Sukan

VIDEO 1


VIDEO 2


VIDEO 3


VIDEO 4


VIDEO 5


VIDEO 6


VIDEO 7


VIDEO 8


VIDEO 9


VIDEO 10





10 Gambar mengenai teknologi dalam sukan

SUPER RUNNING TREADMILL
Jika anda ingin mendapatkan lebih cepat dan bahan letupan di bidang atau mahkamah , anda perlu mengajar badan anda untuk bergerak lebih cepat daripada ia tahu bagaimana. Republik Athletic Super Running Treadmill (RTM) tanjakan sehingga 0-28 mph dalam masa kurang daripada 3 saat. Treadmill Standard tidak boleh menghasilkan kelajuan atau kestabilan RTM menyediakan. Ianya dibina untuk kusyen dan menawarkan hanya peningkatan dalam kecergasan kardiovaskular.

Menggunakan protokol sukan khusus kami, RTM selamat menolak atlet melampaui batas latihan berasaskan tanah mereka dengan memaksa mereka untuk bekerja lebih keras dan berjalan dengan lebih cekap untuk mencapai kelajuan puncak dan mengekalkan mereka untuk jangka masa yang lebih lama.

Dengan cenderung sehingga 40% , cenderung berjalan di RTM angkatan atlet berlari dengan bentuk yang sama sebuah pecut Olimpik - lutut memandu, pemulihan yang cepat tinggi, hubungan tanah seksyen pertengahan yang stabil dan kaki -up untuk mengurangkan brek dan memaksimumkan dorongan . Ini alat latihan halus ditala adalah seperti apa yang anda telah alami sebelum ini dan menyampaikan permainan mengubah kelajuan letupan kepada atlet yang menggunakannya.

PLYO PRESS MACHINE

The Athletic Republic Plyo Press Machine  (PPM) meningkatkan kekuatan kaki dan kuasa letupan. Reka bentuk yang unik membolehkan atlet untuk mengambil latihan kuasa letupan ke tahap yang lebih tinggi. Sudut footplate meletakkan atlet dalam kedudukan olahraga untuk menghasilkan kuasa melalui bola kaki / beliau - tidak tumit seperti latihan mencangkung standard. Anda bersaing dalam kedudukan olahraga, anda perlu melatih dalam kedudukan itu.

Eretan menyokong belakang yang rendah dan mengukuhkan mekanik yang betul apabila mengangkat berat berat atau melakukan lompatan letupan. Menggunakan berat loading corak eksklusif, PPM menyediakan rintangan boleh ubah yang mengoptimumkan beban berat berdasarkan bagaimana tubuh berfungsi. Versus squats dan sleds hip, PPM adalah cara yang lebih selamat dan lebih berkesan untuk melatih badan yang lebih rendah kekuatan letupan dan kuasa

PLYO FLOOR




The Athletic Republic Plyo Floor  (PF) adalah permukaan kayu diimbangi dengan corak eksklusif dan kunci cepat saraf rintangan cangkuk untuk memaksimumkan kelajuan dan eksplosif sambil meningkatkan kestabilan dinamik, penting untuk meningkatkan kemahiran pergerakan dan athleticism keseluruhan. Kami menggunakan alat-alat seperti kuasa platform AccuPower untuk mengukur output kuasa dan kestabilan semasa squats tunggal kaki, melompat, dan hop. Bersama-sama dengan tali rintangan, tingkat ini boleh secara mendadak meningkatkan kuasa letupan, kekuatan hip, keseimbangan dan kestabilan dinamik.




PRO MULTI-HIP





The Athletic Republic Pro Multi-Hip  (PMH) meningkatkan utama perut dan pinggul kekuatan otot penting untuk prestasi yang lebih baik. Tetapan rintangan boleh diselaraskan dari kurang daripada 15 pound untuk corak pergerakan sisi kepada 375 pound (tertinggi dalam industri) bagi pergerakan kuasa dinamik. PMH adalah serba cukup untuk menampung atlet dari 5 kaki hingga 7 kaki tinggi, yang kedua-duanya sihat dan dalam pemulihan bagi kecederaan.


CONDITIONING CORDS


Tali pendingin memberikan tentangan dikawal sementara membolehkan atlet untuk melaksanakan pada kelajuan kelajuan permainan, banyak meningkatkan kuasa sukan khusus untuk memukul, membaling, berlari, menembak, spiking hidangan dan / atau melompat. SprintCords kami dipatenkan, KickingCords, ThrowingCords, PowerCords, Manfaatkan Memukul dan tali Warm-up memberikan tentangan tanpa mengubah atau menjejaskan mekanik yang betul. Apabila tali udara terkeluar, atlet menghasilkan kuasa yang lebih berbanding sebelum ini. Semua tali datang dalam Pro dan tahap rintangan Varsity

GOAL-LINE TECHNOLOGY




Goal-line technology merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menentukan apabila bola telah benar-benar melintasi garisan gol dengan bantuan alat-alat elektronik dan pada masa yang sama membantu pengadil dalam memanggil matlamat atau tidak. Objektif teknologi garisan gol (GLT) bukan untuk menggantikan peranan pegawai-pegawai , tetapi untuk menyokong mereka dalam proses membuat keputusan mereka. GLT mesti menyediakan petunjuk yang jelas sama ada bola telah melintasi garisan sepenuhnya , dan maklumat ini akan berkhidmat untuk membantu pengadil dalam mengambil keputusan terakhir. Berikutan panggilan kontroversi dibuat dalam Liga Perdana Inggeris, Dunia 2010 Cupand Euro 2012 , FIFA (sebelum ini terhadap teknologi ) sedang menguji calon-calon yang berpotensi untuk teknologi matlamat -line. Sembilan sistem pada mulanya diuji, tetapi hanya dua kekal.

Pada 5 Julai 2012, IFAB diluluskan secara rasmi penggunaan teknologi garisan gol . Kedua-dua sistem diluluskan pada dasarnya terlibat dalam fasa ujian 2: GoalRef dan Hawk- Eye. Pada Disember 2012, FIFA mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan teknologi garisan gol dalam perlawanan yang kompetitif bagi kali pertama pada 2012 FIFA Club World Cup di Jepun.



UMPIRE-TO-UMPIRE WIRELESS COMMUNICATIONS

Alat komunikasi tanpa wayar pengadil ke pengadil telah digunakan oleh pengadil hoki di Amerika Syarikat sejak Julai 2004. Penggunaan pertama mereka adalah semasa pertandingan diadakan di Boston , MA dan Atlanta, GA. Pada musim luruh tahun 2004 mereka telah digunakan dalam permainan kolej. Tidak menghairankan, mereka juga telah digunakan oleh pengadil merasmikan permainan hoki yang paling penting di planet ini.

Satu laporan mengenai penggunaan mereka pada tahun 2004 telah dikemukakan oleh Constantine Soteriades , jurubahasa peraturan untuk Amerika Syarikat Field Hockey , pada bulan Januari 2005. Cadangan itu , "Ia amat disyorkan bahawa kita terus dengan menggunakan alat-alat komunikasi di semua peringkat hoki di Amerika Syarikat. "

Pada 25 September , 2005, Cris Maloney dan Dana Cholish dipecat dua FV500Rs TalkAbout Motorola dan dirasmikan tiga perlawanan liga musim biasa untuk Utara Jersey Field Persatuan Hoki . Liga memulakan kerjaya pada tahun 1927 dan dibuat oleh lebih 160 peserta dari 4 negeri.

Cholish dan Maloney merupakan ahli-ahli Central Jersey Field Hockey Pengadil Persatuan , Inc , sebuah organisasi bukan untuk keuntungan yang berpangkalan di Mercer County , New Jersey ( Amerika Syarikat) dengan sejarah baru-baru ini inovasi.

Maloney , seorang pengadil Level II yang bermula merasmikan apabila dia adalah seorang remaja 30 tahun yang lalu , bertindak sebagai jurulatih pengadil persatuan itu dan memutuskan bahawa ia adalah masa untuk mencuba teknologi.


HOT SPOT (KRIKET)



Hot Spot adalah satu sistem pengimejan infra-merah yang digunakan dalam kriket untuk menentukan sama ada bola telah melanda batsman, kayu pemukul atau pad. Hot Spot memerlukan dua kamera infra-merah di sisi bertentangan dengan tanah di atas padang permainan yang berterusan rakaman imej. Mana-mana snick disyaki atau kayu pemukul / pad acara boleh disahkan dengan memeriksa imej inframerah, yang biasanya menunjukkan tempat yang cerah di mana geseran kenalan dari bola telah dinaikkan suhu tempatan. Mana rujukan kepada pengadil ketiga di luar bidang yang dibenarkan, teknologi yang digunakan untuk meningkatkan membuat keputusan ketepatan pengadil dalam bidang ini. Jika arahan tidak dibenarkan, teknologi ini digunakan terutamanya sebagai bantuan analisis untuk liputan televisyen.



HAWK-EYE



Hawk-eye adalah satu sistem komputer yang kompleks digunakan secara rasmi dalam sukan banyak seperti kriket, tenis, bola sepak Gaelic, melemparkan dan persatuan bola sepak, visual menjejaki trajektori bola dan memaparkan rekod jalan yang paling mungkin statistik sebagai imej yang bergerak. Hawk-eye telah dibangunkan di United Kingdom oleh Dr Paul Hawkins. Sistem ini pada asalnya dilaksanakan pada tahun 2001 untuk tujuan televisyen dalam kriket. Sistem ini berfungsi melalui enam (kadang-kadang tujuh) kamera berprestasi tinggi, biasanya diletakkan di bawah bumbung stadium, yang menjejaki bola dari sudut yang berbeza. Video daripada enam kamera kemudian ditriangulasikan dan digabungkan untuk mewujudkan perwakilan tiga dimensi trajektori bola. Hawk-eye tidak sempurna dan tepat dalam tempoh 5 milimeter (0.19 inci), tetapi secara umumnya dipercayai sebagai pendapat kedua tidak berat sebelah dalam bidang sukan.







JERSI RUGBI


Jersi Ragbi telah menjalani perubahan besar-besaran dalam reka bentuk sejak 1990-an. Baju kapas yang longgar dengan kolar gaya ragbi besar awal 1990-an dan sebelum itu telah lama hilang, digantikan oleh penyokong ketat dipasang dengan hampir tiada kolar dan dibuat dengan prestasi fabrik meningkatkan. Kelembapan adalah cepat hilang dari kulit, mengekalkan pemain sejuk dan kering. Penyokong mempunyai panel bahan yang membantu pemain cengkaman bola dalam keadaan basah.

Satu syarikat telah pun dihasilkan jersi yang mendakwa mengelilingi tubuh dengan satu bidang ion negatif, yang menyampaikan satu tuduhan "tenaga ion" kepada badan pemain. Walaupun manfaat terbukti, beberapa pasukan antarabangsa termasuk England, Australia dan Afrika Selatan memakai jersi ini di Piala Dunia 2007.